|
Di kampung desa ada seorang tukang air yang memiliki dua tempayan yang besar. Sewaktu membawa air, tempayan-tempayan itu di gantungkan di atas kedua belah bahunya dengan mengunakan kayu yang panjang.
Tempayan yang retak merasa malu sekali akan kecatatannya sehingga dia merasa sedih kerana dia hanya dapat mempu membawa setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
Tukang air merasa kasihan kepada tempayan yang retak itu lalu dia berkata "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
Benar kata tukang air, ketika mereka menaiki bukit tempayan yang retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan dan itu membuat dirinya terhibur sedikit. Namun apabila mereka tiba di rumah majikan dia kembali sedih kerana dia mampu membawa separuh bahagian air sahaja dan tempayan yang retak itu meminta maaf kepada tukang air atas kegagalannya. |
| suriram April 23, 2005 05:16 AM PDT Tkasih bobooi... yg tersembunyi itu ..... emmm.............. dalam kelemahan kita, kita akan menemui kekuatan kita | ||
| bobooi April 21, 2005 04:54 PM PDT Sastera...sastera...sastera.. Waaaah... bobooi rasa... cerita nieee.. ada MAKNA yang tersembunyi didalamnya.. Ada rasa kehalusan didalamnya... sastera...sastera...sastera... Tahniah kepada suriram.. | ||
| Leave a Comment: |