Entry: BANK Aug 25, 2005



Aku akan merompak Bank London banking Jalan Habis  pada 2 September 2005 jam 4.30 petang. Aku mahu beritahu yang aku hanya mahukan sedikit duit untuk membayar kos pembedahan emak aku yang sakit. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Sekian untuk makluman.

Kamal:

Aku bukan orang jahat. Aku mungkin suka mencuri tetapi aku bukan orang jahat. Sebab aku akan tolong orang kalau orang itu mintak tolong. Doktor bangsat, kaulah orang jahat. Aku mintak tolong, kau mintak duit. Emak aku sakit, kau mintak duit. Kau dah ada banyak duit; Kalau tak takkan kau pakai kerete mercedes. Tapi kenapa kau masih nak duit?

Kau pun tahu aku bukan orang kaya. Emak aku pun bukan orang kaya. Ayah aku tak tahu kaya ke tak. Aku pun tak tahu mana dia pergi. mana aku nak cari duit?

Dekat mana ada banyak duit hah? Ha, aku tahu. dekat bank.


Roslan:

Ini siapa punya idea untuk buat kelakar ni? Kau nak rompak bank, kau pergi ajelah. Tak payahlah nak hantar
surat
kat balai polis. Kenapa tak dihantar ke orang suratkhabar aje? Tak pun kau suruh orang televisyen datang buat temuramah.

Hmm..publisiti. Kalau satu malaysia tahu aku yang selesaikan kes ni, mesti aku boleh naik pangkat. Kurang-kurang dapat pingat. Bolehlah aku tukar kereta proton saga buruk aku tu. Pakai waja pulak  ke. hahaha...Roslan, inilah peluangnya Roslan. Lepas ini kau akan jadi Chief Superintendan.

Hahaha.


Amir:

Melaun manalah yang jadi mami jarum ni? Dengar cerita-cerita macam ni cepat, buat kerja lambat. ini mesti leha sekretari punya kerja. Siapa lagi yang masuk dalam bilik ni hari ni.

2 September, 2.30 petang. hari Jumaat tu. Orang gila manalah agaknya ni. ini London bankinglah, bank no.2  terbesar  nih. Kalau bank cawangan tu bolehlah, ini bank pusat. Orang gila aje yang nak rompak bank pusat.

Nanti dulu. bagaimana kalau orang tu betul-betul boleh rompak bank ni? Mesti orang itu orang yang hebat. berapa banyak dia nak ambik? Seratus ribu? Sejuta? Bagaimana kalau aku ambik sedikit? Aku ambik sejuta, lepas tu lantak dialah nak ambik satu bank pun. Orang tak akan tahu.

Hahaha. Encik Amir, kau memang bijak.


Amir:

'Saya pasti awak semua sudah dengar khabar-khabar angin, tetapi hari ini saya mahu bercakap tentang perkara yang bukan lagi khabar angin. Untuk itu saya mahu awak semua mendengar semua ini dengan teliti dan saya minta kerjasama daripada awak semua untuk bersama-sama mengatasi masalah ini'.

Inilah yang aku paling benci bila aku buat mesyuarat. Semua muka toya. Semua muka mengantuk. semua hanya bagi telinga. Yang jadi jaga ni pun satu. Tahula tak cukup tidur tapi janganlah menguap semasa orang tengah bermesyuarat.

'Tengah hari tadi saya menerima sepucuk
surat
daripada seorang yang tidak bernama. Katanya, dia mahu merompak bank ini 4 haribulan, pukul 4.30 petang.'

Seperti yang aku jangka, tidak ada sesiapa pun yang terkejut.

'
Ada
sesiapa ada cadangan?'

Sekali lagi seperti yang aku jangka, tidak ada sesiapa yang mahu bersuara. aduh, kenapalah aku yang menjadi ketua?

'Pak Mat, awak ada sesuatu untuk dicadangkan?'

Macam pahat dengan penukul - kalau tak suruh jangan harap nak bergerak. Tapi aku kena sabar. kalau tidak, silap-silap rancangan aku boleh gagal.


Kamal:

Aku akan merompak bank? Biar betul nih. Oklah, aku akan merompak bank. Bukan untuk aku, untuk emak aku.

Emak, emak jangan mati dulu. Kamal akan bawakan emak duit. Dengan duit tu emak boleh suruh doktor celaka tu bedah emak.

Percayalah mak.  Kali ini kamal berjanji.

Roslan:

Aku tidak boleh membiarkan orang lain merampas peluang ini. Di balai polis ini ada banyak lagi kes lain. Takkanlah kes hilang motor aje, aku yang kena handle. Aku ini polis. Aku ada pistol. Bila lagi aku nak guna pistol aku itu?

'Tuan, saya menawarkan diri untuk menyelesaikan kes ini. Pada pendapat saya, orang yang membuat ugutan ini benar-benar bermaksud untuk melakukan rompakan. Saya fikir dia sudah mempunyai perancangan yang rapi..'

Kepalah tuan ini kepala batu sangat!?

'Saya tidak fikir ia satu gimik tuan. Saya dimaklumkan pihak pengurusan
London banking sendiri ada menerima surat
ancaman yang sama. Saya berpendapat, tuan, apa pun yang akan dilakukan oleh orang ini, ia adalah sesuatu yang besar. Kita tidak boleh mengambil risiko.'

Selesai sudah kerja aku. Sekarang aku kena pergi berlatih menembak.

Inspektor Roslan menembak mati perompak bank akan terpampang di semua suratkhabar. Apa agaknya tunang aku kata nanti?

'Oh Roslan, kaulah hero pujaan hatiku.'

Hahaha.



Kamal:

Inilah rancangannya: Aku pinjam sarung muka yang pakcik leman selalu pakai semasa dia menebas lalang, curi beg sekolah bobooi, dan bawak sekali pisau yang emak selalu guna untuk potong daging.

Aku pakai sarung muka, aku pergi ke kaunter, aku acu pisau daging itu ke leher kerani kaunter, aku bagi beg sekolah bobooi itu untuk diisinya dengan duit, kemudian aku cabut.

Semudah itu. Nampak macam boleh berjaya.

Tapi aku rasa kena pakai pisau yang kecik sikit; pisau potong daging tu berat sangat.


Amir:

Ini rancangan aku: tepat jam empat; ketika semua pengawal mengambil tempat seperti yang diatur oleh Pak Mat, aku akan kosongkan brifcase dan isi dengan duit - sebanyak mana yang boleh aku kaut.

Jam empat suku, Pak Mat sendiri akan mengiringi aku keluar mengikut pintu belakang. Tepat jam empat setengah, kau rompaklah apa yang kau nak rompak wahai perompak gila. Aku ucapkan selamat berjaya.

Dan terima kasih.


Roslan:

Aku mesti merancang ini dengan baik. Perompak ini mesti perompak yang ganas jadi dia tidak akan keluar melalui pintu depan. Jadi polis-polis yang baru belajar menembak itu akan aku suruh berkawal di pintu depan. Aku akan jaga pintu belakang.

Perompak itu keluar, aku akan tembak. Perompak itu akan mati, aku akan jadi hero.

Bulan depan boleh tukar kereta.

Pukul empat petang

Amir:

Kadang-kadang aku kasihan dengan orang-orang seperti Pak Mat.  Kerja entah berapa sangat gajinya tapi kalau jadi apa-apa, Dia yang kena dulu. Entah pandai ke tidak dia menembak dengan senapangnya itu.

Tapi apa boleh buat. Dia sendiri yang pilih kerja ini.

'Pak Mat, saya rasa kita boleh bergerak sekarang'

Cukup ke tidak satu brifcase ini sahaja? Bila lagi peluang ini akan datang. hmm...cukuplah agaknya. nanti apa pula kata masyarakat.

'Err..brifcase ini biar saya yang bawak. Pak Mat tolong bawak fail-fail dekat atas meja tu aje'.


Roslan:

'Bola satu kepada bola dua, over'.

'Awasi sesiapa sahaja yang mencurigakan. Jangan bertindak apa-apa sebelum saya beri arahan, over.'

Mahu dikatakan bodoh, aku juga polis tetapi kenapalah semua orang mengikut sahaja bila aku suruh berkawal di pintu depan. Pencuri yang beritahu polis tempat dia mahu mencuri mesti bukan pencuri sebarangan. Ini pencuri yang mahu bermain-main dengan polis.

Tetapi tidak apa, masih ada lagi polis yang bijak seperti aku. Kau mahu keluar ikut pintu belakang? Kau ingat kau bijak? Minta maaflah, ini Roslanlah.


Kamal:

Alamak, apasal ramai sangat polis dekat depan pintu ni? Ish..ini mesti pasal
surat
yang aku hantar kat balai polis tu. Macam manalah aku boleh jadi bodoh sangat?

Fikir kamal, fikir. emak kau dah nak mati dah kamal. Doktor tu nak duit kamal. Kau nak jadi anak yang baik kamal.

Ah..tunggu sahajalah sampai polis ni berambus. Takkan dia orang nak tunggu sampai ke malam. Aku pergi ambil anginlah dulu.


Amir:

'Er... Pak Mat, sampai sini sajalah. Pak Mat pegi masuk semula ke dalam dan buat seperti apa yang sudah kita rancangkan'.

Kalau aku jadi Pak Mat, aku tidak akan masuk semula ke dalam. Orang gila sahaja yang akan menyabung nyawa untuk sesuatu yang bukan miliknya. Ini banklah Pak Pat. Semua duit sudah diinsuranskan. Kalau dicuri, orang insuran akan ganti lain.

'Ingat Pak Mat, ajar penyangak itu cukup-cukup.'

Kalau penyangak itu melawan pun, bukan aku yang berlawan. Sekarang aku mahu pergi enjoy.

Eh, ini siapa pulak ni? Siap dengan pistol pulak tu. Jangan-jangan dia inilah perompak tu. Alamak, Pak Mat dah masuk ke dalam. lari!


Roslan:

Aku dah agak, dia mesti keluar ikut pintu belakang.

'Bola satu kepada bola dua, over. saya sudah menjumpai suspek, over'.

'Jangan bergerak. hoi, aku kata jangan bergerak!'


Amir:

Bodoh.  Kau nak curi kau pergilah ambik semua duit dalam bank tu.  Kenapa aku pulak yang kau kejar.

Ah, pernafasan. huh..huh..huh.. Kenapalah kau lari laju sangat perompak oi.


Roslan:

Bodoh. dah perut buncit lagi mahu berlari.  Kau ingat aku ini siapa?  Ini roslanlah.

Alamak, dia dah nak sampai ke jalan besar. Jangan sampai polis-polis baru tu pulak yang dapat nama.

'Berhenti, kalau tidak saya tembak!'

Ah, sikit lagi nak sampai ke jalan besar tu.  Nak tembak ke taknak?

'Blam!'


Amir:

'Argh!'


Kamal:

Oi! apa tu? Bunyi macam ada orang menembak.
Ada
orang lain ke dah masuk mencuri?

Eh, ada orang kena tembaklah.


Roslan:

'Bola satu kepada bola dua over, saya sudah berjaya menembak perompak itu over'

Apa yang agaknya wartawan akan tulis dalam muka depan suratkhabar esok? Encik Roslan menjadi hero. Encik Roslan menyelesaikan kes rompakan. Encik Roslan seorang polis yang cekap.

Heh..heh..heh.. aku hanyalah seorang polis yang menjalankan tugas. Eh! mana pulak brifcase dia tadi?


Kamal:

Hidup lagi ke mamat ni?

'Apahal ni encik?'


Roslan:

'Tolong ketepi sikit Encik. Ini kes polis'

Ni siapa pulak mamat ni? Kurus kering semacam aje. Hisap dadah kot ni. Takpelah, selesaikan satu-satu dulu.

'Bola satu kepada bola dua over. Sila minta bantuan ambulan'


Kamal:

Hek eleh, kerex pulak polis ni. Aku cucuk dengan pisau ni karang. Eh, apa benda tu dalam longkang tu?

********

Mak ai, ni siapa buang duit ni? Eh,ni duit ni.  Ratus-ratus ribu nih.  Tunggu doktor jahat, Kamal datang bawak duit.


Esoknya

Aku mintak maaf. Aku tak jadi merompak bank London banking Jalan Habis pada 2 September 2005 jam 4.30 petang semalam. Aku mahu beritahu yang aku dah dapat duit untuk membayar kos pembedahan emak aku yang sakit. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua

Sekian untuk makluman.


Eh..ape dah jadi?

Mr.X:

Kalau nak merompak bank rompaklah tak payahlah nak bilang semua orang.  Kalau Mak hang tahu hang nak merompak bertambah sakitlah beliau. Cubalah ingat sikit. Bukannya salah doktor pakai kereta MEC....bukannya ada duit masih hutang lagi kat  bank kalau doktor tak minta duit macam mana nak bayar kereta dia. Fikirlah sebagai yang waras.


   1 comments

BOY
May 30, 2006   09:38 PM PDT
 
OI SPE LH YG KURANG WARAS NI TULIS ENTH PAPE JE,,,,KOK D BILANG KAT SEMUA ORANG YG HANG NK PI ROMPAK AR...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments