|
Pada suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima
Mendengar syarat pertama itu dia mengedutkan kening sembil berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu ingin melanggar laranganNya?"
"Yang kedua" kata Ibrahim "Kalau mahu bermaksiat jangan tinggal di bumiNya. "Syarat kedua membuat lelaki itu terkejut sekali. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah fikirkanlah apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?" Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata "Wahai Ibrahim ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih ingin melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti jangan engkau ikut bersamanya."
|
| Masmerah July 11, 2005 05:52 AM PDT Sejuk hati bila baca cerpen bersejarah ni..... Banyak information yg dapat diambil sebagai iktibar utk semua. Syabas buat Suriram. | ||
| Leave a Comment: |