|
![]()
Seorang tukang kayu yang tua ingin berhenti dari pekerjaannya di sebuah syarikat pembinaan rumah. Ia menyampaikan hasratnya kepada pemilik perusahaan itu. Dengan pesaraannya, itu bermakna si tukang kayu akan kehilangan hasil pendapatannya, tetapi si tukang kayu tetap dengan keputusannya untuk bersara kerana dia rasa dia sudah terlalu tua.
Si tukang kayu ingin berihat dan menghabiskan sisa-sisa hari tuanya dengan penuh kedamaian bersama isteri dan keluarganya.
Pemilik perusahaan merasa sedih kerana dia akan kehilangan seorang pekerja yang terbaik. Lalu pemilik itu meminta kepada si tukang kayu supaya membinakannya sebuah rumah untuk dirinya sebelum si tukang kayu itu bersara.
Tukang kayu mengangguk menyetujui permintaan pemilik perusahaan itu. Tetapi hatinya berat untuk melaksanakan permintaan pemilik perusahaan itu kerana si tukang kayu ingin berhenti dengan secepatnya. Si Tukang kayu melakukan perkerjaannya dengan tidak sepenuh hati. Dengan perasaan asalkan boleh si tukang kayu menyiapkan rumah itu.
Ia hanya menggunakan bahan-bahan yang sekadarnya dan yang mana boleh. Akhirnya selesailah rumah yang diminta oleh pemilik perusahaan itu. Hasilnya bukanlah sebuah rumah baik. Dan kalau di fikir betul-betul sungguh sayang kerana hasil kerja yang terakhir si tukang kayu tidak begitu mengagumkan.
Ketika pemilik perusahaan itu datang untuk melihat rumah yang sudah selesai dibena itu, pemilik itu menyerahkan kunci rumah itu pada si tukang kayu.
"Hadiah dari aku." |
| skruemas June 13, 2005 08:50 AM PDT insaf skru aper bila membaca entry ini... bertapa berkuasanya Allah dan bertapa kedilnye kita sebagai hambanya... namun mengapakah masih ada *tak yah gie jejauh la... diri skru nie pun cukup la...* masih tidak takut membuat dosa... | ||
| Leave a Comment: |