Hai orang-orang beriman Janganlah harta-harta kamu & anak-anak kamu menlalaikan kamu dari berzikir, mengingati Alllah.

Barang siapa yang membuat semediakian maka mereka itulah orang-orang yang rugi

Tidak apa yang menjadi miliku .... melainkan segalanya pinjaman dari Mu ........ dari Mu aku datang, kepada Mu jua aku akan kembali.

Sesungguhnya aku inginkan keredhaan dari Mu dalam setiap apa yang aku lakukan dan setiap apa yang bakal aku lakukan, hanya kepada Mu aku berserah.

Moga aku akan diberikan ketabahan dan kekuatan iman serta sentiasa dalam ingatan & bimbingan Mu dalam menempuh kiku-liku kehidupan di dunia ini.
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

BLOG YANG BERGUNA:

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Mar 24, 2005
KISAH SEBUAH POKOK EPAL



 

Dalam kampung Damai hiduplah sebuah pokok epal yang besar dan seorang anak kecil bernama Fairus.  Fairus gemar bermain di bawah pohon epal itu setiap hari.  Fairus akan memanjat pokok epal itu hingga ke dahannya, memakan buahnya, tidur didahan-dahanya. Fairus sangat suka kepada pohon epal itu. Bergitu juga pokok epal sangat suka kepada Fairus 


                    



Waktu terus berlalu. Fairus kini sudah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pokok epal.  Suatu hari Fairus melintasi pokok epal.  Wajah tampannya kelihatan sedih.


"Ayoh bermain-main denganku," pinta pohon epal itu.


 "Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pokok lagi," jawab Firus.


"Aku ingin sekali membeli mainan, tapi aku tak punya wang untuk membelinya."


 Pohon epal itu menyahut, "Maafkan aku, aku pun tak punya wang... tetapi kau boleh ambil semua buah epalku dan jualnya. Kau boleh dapat wang untuk membeli mainan kegemaran mu."


Fairus sangat gembira lalu dia memetik semua buah epal yang ada di pokok itu dan pergi dengan perasaan gembira. Setelah mendapatkan wang daripada menjual buah epal Fairus tidak datang lagi. Pokok epal itu kembali sedih.

Suatu hari Fairus datang lagi. Pokok epal sangat gembira melihatnya datang. "Ayoh! bermain-main dengan aku lagi," kata pokok epal.


 "Aku tak punya waktu," jawab Fairus. "Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk  tinggal. Mahukah engkau menolongku?"


 "Aduh! maaf aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan-dahan ku untuk membina rumahmu," kata pokok epal.


Kemudian Fairus pun menebang semua dahan-dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembira. Pokok epal itu juga merasa bahagia melihat Fairus gembira, tapi Fairus tidak datang lagi. Pokok epal itu merasa kesepian dan sedih. 



                                                           





Pada suatu musim panas, Fairus datang lagi.   Pokok epal merasa sangat bersuka cita menyambutnya. "Ayoh! bermain-main lagi denganku,"  kata pokok epal.


"Aku sedih,"  kata Fairus. "Aku sudah tua dan ingin hidup tenang.  Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar.  Mahukah engkau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?"


 "Aduh!!  maaf aku tak mempunyai kapal, tapi engkau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mau. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah."


Kemudian, Fairus pun memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Ia lalu pergi berlayar dan tak  lagi datang menemui pohon epal itu. 
                        
Akhirnya, setelah bertahun-tahun kemudian Fairus datang lagi. "Maafkan aku Fairus" kata pokok epal itu. "Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu."


"Tak apa.  Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu," jawab Fairus.


"Aku juga tak memiliki batang dan dahan yang boleh engkau panjat," kata pokok epal.


 "Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu," jawab Fairus.


 "Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua  ini," kata pokok epal itu sambil menitikkan air matanya.


 "Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang," kata Fairus. "Aku hanya memerlukan tempat untuk beristirahat. Aku sangat letih setelah sekian lama meninggalkanmu."


 "Oooh,  bagus sekali.  Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirahat.   Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirahatlah dengan tenang." Fairus terus berbaring di pelukan akar-akar pokok. Pokok epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil meneteskan air matanya.


                                            
                                                      

                                     


Posted at 01:43 am by suriram
Comments (2)  

Mar 17, 2005
SELAMAT TINGGAL KEKASIHKU




Sukar bagi Alissa untuk melepaskan gemgaman tangan Ashari yang akan berangkat jauh.  Buat kali pertama dalam perkhawinan mereka yang lima tahun, Alissa dan Ashari akan berpisah.  Ashari telah mendapat tawaran untuk bekerja di rantauan.  Walaupun sudah lama mereka berbincang untuk berhijrah ke luar negeri tetapi sukar bagi Alissa untuk menerima hakikatnya Ashari, suami tempat dia bermanja akan berhijrah ke Amerika dahulu. Ashari akan meninjau keadaan di Amerika dahulu sebelum membawa Alissa dan Johari, satu-satunya cahayamata mereka, untuk berhijrah ke Amerika.

Seperti kebanyakan pasangan muda Alissa dan Ashari impikan kehidupan yang elusif - sukar diperolehi di negara Singapura di mana taraf kehidupan amat tinggi. Kehidupan mereka boleh dikatakan terbatas, walaupun mereka kelihatan memiliki sebuah kereta yang mewah, tinggal di rumah pangsa di kawasan Bukit Timah, serta mempunyai seorang amah dan boleh dikatakan setiap tahun bercuti sekurang-kurangnya satu kali ke luar negeri. Tetapi pada hakikatnya kehidupan mereka terbatas, hanya bergantung kepada pinjaman bank untuk membayar kereta dan rumah mereka setiap bulan.  Semasa percutian wang belanja dan kapal terbang juga menggunakkan kard credit dimana bayaran juga dilunaskan setiap bulan secara minimum. Jadi kesukaran pun timbul.

 

                                                           



Kesukaran ini timbul kerana Alissa dan Ashari tidak pandai merancang kewangan mereka.  Biasanya mereka akan belanja lebih dari gaji yang mereka perolehi.  Jadi untuk meningkatkan kewangan mereka, Alissa dan Ashari memutuskan untuk berhijrah.

Di lapangan terbang Alissa hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah anaknya.  Dia tidak berani untuk melihat muka Ashari kerana takut air matanya akan berlinang apabila melihat muka Ashari.  Johari merasa hairan melihat kelakuan ibunya.  Sebelum kaki Ashari langkah masuk untuk menaiki kapal terbang Ashari mencium pipi Alissa dan Johari.  Hati Ashari juga pilu kerana hendak meninggalkan isteri dan anak kesayangannya.  Tetapi untuk kehidupan mereka sekeluarga Ashari cekalkan hati.  Alissa mengucapkan selamat tinggal kepada Ashari.

  

Posted at 02:44 am by suriram
Comments (2)  

Mar 15, 2005
TALI

Di kota Singapura tinggal seorang  hartawan yang kaya raya bernama Firus.  Harta yang Firus ada cukup  mewah. Kehidupan seharian  Firus  dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah.  Bersedekah adalah amalan tetap Firus.  Walaupun Firus mempunyai  harta  kekayaan yang melimpah  dia tetap dengan  kehidupan  sederhananya.  Beliau terkenal dengan baikanya dan disukai oleh semua penduduk di kota Singapura. 

Firus  mempunyai 3 orang anak lelaki, Yusri, Yunos,dan Yufi.  Semua anak Firus sudah  berkeluarga dan sibuk  dengan urusan masing-masing.  Yang merisaukan hati Firus  ialah bagaimana  anak-anaknya akan menguruskan hartanya yg banyak itu sesudah dia meninggal kerana Yusri, Yunos, dan Yufi lebih cintakan dunia. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.

Firus  meminta PETUNJUK siang dan malam dari Tuhan bagi menyelesaikan masalahnya.

Pada  suatu subuh yang dingin, Firus mengumpulkan semua  anak-anaknya untuk memberitahu  mereka tentan wasiatnya.

”Wahai anak2ku, tujuan abah mengumpulkan kamu semua ini adalah untuk memberi tahu kamu tengan  wasiat abah kepada kamu semua ”  apa tidak lagi  dalam fikiran satu satu  terbayang harta  yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat  dari abah mereka ......!


Begitulah kelakuan anak-anak Firus.  Ini  membuat hatinya bergitu sedih. Tetapi Firus bijak kerana dia ada meletakkan satu syarat dalam wasiatnya sekiranya mereka mahu mengwarisi hartanya salah seorang dari anak-anaknya  mesti menemankannya selama tiga hari semasa mayat  dia telah di- kebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan me-warisi hartanya, dan ia juga yg layak untuk membahagikan harta tersebut kepada adik-beradik yg  lain tetapi sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin.

Anak-anak Firus terkejut habis.  Lalu Yusri selaku abang yang sulung meminta masa untuk berbincang sebelum membuat keputusan selanjutnya.   Yufi mengesyorkan agar  mereka mengupah  orang  yg miskin dengan upah yang lumayan untuk menemankan mayat Firus  didlm kubur kelak sebab  abah mereka tidak akan  tahu siapa yg menemankannya  dan mereka akan menjadi kaya raya. Kesemuanya bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberi-tahu yang mereka bersetuju dgn syarat tersebut.  Firus  sungguh bangga dgn anak-anaknya  kerana pada fikira Firus salah satu diantara anaknya itu akan menemankannya nanti.....”Syukur”… katanya dlm hati.

Keesokan harinya maka kesemua anak Firus pergilah keseluruh pelusok bandar dan kampung untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abah mereka  tetapi
malang tiada siapa yg sanggup untuk tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat.  Setelah penat mencari Yusri sudah hampir putus asa dan kerana keletihan maka dia pun  berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing  biri-biri dan Yusri ternampak seorang lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya. Yusri pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya.   Lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang-kadang  ia tak makan sampai 3 hari. Lalu Yusri pun berkata “Mahukah kau  menjadi kaya.. wahai si pengembala kambing?” “Mestilah mahu” Jawabnya.  Dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat  ......Si pengembala kambing tersebut bersetuju kerana dgn 3  malam sahaja dia akan menjadi seorang   kaya.  “Yahoooo 'Aku kayalah”!.  Teriak si pengembala tu.   “Ini kerja senang”… katanya  “Kalau satu bulan pun  boleh”... kata si penegembala kambing.

Beberapa bulan kemudian Firus pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka Yusri, Yunos, dan Yufi, bersedih bercampur gembira. Dan dengan segera Yusri mencari sipengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abah mereka seperti mana yg telah dipersetujui, untuk tinggal didlm kubor selama 3 hari 3 malam. Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada ditangannya masuklah  kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat , cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat.

Setelah Arwah Firus selamat  dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah sipengembala  kambing bersama tali dan jenazah Firus.  Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah  orang yg meninggal ini,  mesti orang yg  beriman.  Sedang sipenbembala asyik berfikir tiba-tiba dia terdengar satu suara  yang garau  memberi salam.  Maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam  fikirannya  mungkin salam tersebut  ditujukan pada jenazah disebelahnya jadi ia mendiamkan diri sahaja.  Sekali lagi suara itu memberi salam  dengan suara yang bertambah  garau.  Kecut perut sipemgembala tetap  ia mendiamkan diri, si pengembala pula terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya.  Jadi apabila terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat  menakutkan, Dengan terketar-ketar  ia menjawab salam tersebut  ”Waalaikumssssssalam…. Siapa kamu?”

“Wahai orang yg membawa tali, mengapa kau ada disini?”.   Lalu ia menceritakan  perkara yg sebenarnya. Kemudian suara itu bertanya lagi, ”Apa yg kau  bawa itu, “ Tali "jawabnya".…”Apa guna tali itu?” , suara itu bertayanya lagi.  ”Untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan”, Suara itu bertanya lagi ”Dari mana engkau dapat tali ini dan bagaimana cara kau mendapatkan tali ini, dari sumber mana kau beli tali ini ?”  Suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut.  Sehinggalah sampai hari yg ketiga. Anak-anak arwah Firus  tadi pun menggali se-mula kubor tersebut dan mengeluarkan  si pengembala tadi, dengan muka yg pucat lesi macam.  Dia menggigil ketakutan, membuatkan  anak-anak Firus menjadi bingung.

Maka mereka bertanya kepada gembala  tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu, “ Mintalah sebanyak mana  pun, kami akan berikan padamu wahai  pengembala!“. Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu  bahawa “Aku tidak mahu satu sen pun harta  dari kamu wahai orang muda?”.   “Mengapa?” tanya Yusri. Lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari  itu. ”Sedangkan tali yg aku bawak ini pun, sampai 3 hari masih  belum habis ditanya inikan pula harta  yg banyak!  Nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa nak jadi, macam mana aku nak jawab!”  “Berapa lama pulak aku nak jawap dgn harta yg begitu banyak jadi kau simpanlah harta kau tu baik-baik, kau gunakan dgn sebaiknya!” Maka si pengembala terus beredar dari situ dgn seribu  keinsafannnnnnnn.

Sendiri mau ingat  berapa lama nak jawab ooooooooooo

 


Posted at 08:26 am by suriram
Make a comment  

Mar 7, 2005
HASIAT BUAH KURMA


       
                                    


Nasir baru aja berbuka puasanya dengan memakan tiga biji kurma dan satu gelas air suam. Setelah satu hari menahan diri dari  lapar dan dahaga mendapat kurma dan air satu gelas rasanya seperti nikmat.  Buah kurma kegemaran Nasir adalah buah yang mentah sebab ia tidak bergitu manis seperti kurma yang sudah masak. Walaupun sudah habis makan tiga biji kurma perutnya masih lapar lagi.  Hairan hatinya bagaimana Rasulullah boleh bertahan. Kalau diikuti nafsu memang dia boleh habiskan makanan satu meja tetapi kerana hendak mengerjakan solat dia makan adar kardar aja.


Nasir juga seperti umat Nabi Muhammad saw yang lain, juga ingin mengambil sunahnya dimana  Rasulullah  menganjurkan umatnya supaya berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang dan jika  tiada terdapat kurma, maka seperti Rasulullah, Nasir akan berbuka dengan beberapa biji anggur atau beberapa terguk air.




                                         



Seperti Nasir, isterinya Suhaila juga gemar memakan kurma.  Suahaila baru aja lepas bersalin minggu lalu dan mereka suami isteri teringat Surah Maryan, Ayat 25-26, bagaimana Allah memerintahkan Maryam memakan kurma sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.  



                           






Pada masa yang sama Nasir dan Suhaila juga ada terbaca artikal dalan majalah  sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium.  Hal ini juga telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah Nasir rasa kurma lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.   


Mereka suami isteri  juga rasa unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.  Ini di sebabakan Suhaila  mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakan kurma dapatlah menggalakkan pertambahan kandungan susunya. Kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak,  pembentukan darah dan sumsum tulang. Kajian juga membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.



Nasir juga mementingkan kesihatannya. Lebih-lebih lagi sesudah bergelar bapa, agar sentiasa sihat dan baik, jadi bagi fikirannya buah kurma adalah amat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu makanan harian dirinya khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Apa tidak setiap hari tidak cukup tidur kerana menolong isteri menjaga anak di waktu malam.  Kurma juga adalah makanan yang sesuai. 

Posted at 02:27 am by suriram
Make a comment  

Mar 2, 2005
AL QURAN DI KOTA SINGA

Ramli baru aja selesai membaca Al Quran. Sementara menanti masuk waktu solat Azar, dia duduk sambil memikirkan tentang perkembangan majlis Ujian Tilawah Al Quran. Hatinya sering bertanya-tanya kenapa diSingapura sudah tidak banyak lagi majlis ujian tilawah musabaqah Al Quran dianjurkan. Soalan ini sering bermain-main dikepalanya yang botak licin itu.

Sambil menggosok-gosokkan kepala yang berpeluh itu dia berfikir kenapa masjid-masjid dan persatuan-persatuan Islam di Singapura tidak mengambil berat tentang perkara ini. Barangkali pertandingan membaca Al Quran susah untuk dianjurkan, Ramli terfikir.

Ramli hairan dengan sikap manusia yang sudah tidak suka untuk berlumba-lumba untuk mengejar kebaikkan. Berlumba-lumba yang baik lagi ikhlas untuk mengajak umat islam berkumpul pergi beramai-ramai kemesjid untuk menyaksikan dan mendengarkan bacaan dari para-para qari yang mengambil bahagian didalam pertandingan ujian tilawah musabaqah
al Quran. Hati kecil bertanya adakah munusia sudah menganggap perkara ini sudah tidak menjadi penting lagi kerana mereka terlalu hayal mengejar kesenangan dunia. Apakah dengan bersibuk-sibuk dan bersusah-susahkan diri tentang perkara ini akan membuat manusia menjadi rugi atau miskin. Kemana perginya kepercayaan mereka kepada Tuhan. Kenapa jawatankuasa dimesjid-mesjid tidak menjadikan perkara ini - majlis ujian pertandingan tilawah Al Quran - sebagai acara tahunan mesjid atau persatuan mereka. Seolah-olehnya mereka seperti cuba melepaskan kerja ini kepada pihak-pihak yang lain! Cuba TOLAK MENOLAK dengan seribu alasan!

Ramli merasa sedih apabila melihatkan apa yang telah berlaku di kota Singapura yang kecil ini. Perkara ini... nampaknya sudah tidak menjadi penting lagi! Soal MENYEMARAKAN syiar ini sudah menjadi perkara yang membebankan lagi merugikan!

Ramli cuba bayangkan....
Apa akan jadi dimasa akan datang.... umat islam diSingapura sudah tidak berminat langsung dengan Majlis Tilawah Al Quran. Kalaulah dimasa akan datang... umat islam di Singapura sudah merasa janggal-kekok dan asing terhadap majlis yang semulia begini. Kalaulah umat islam sudah semakin ramai yang suka kepada budaya bukan islam ... sedangkan budaya Tilawah mengaji Al Quran sendiri ditinggalkan dan disepikan

Salah siapa? Apakah manusia sekarang hanya mampu berserah pada takdir.....
Ramli merasa cukup tidak senang sekali!!!

Ramli berfikir alangkah bagus dan indahnya...
Jikalau setiap mesjid di Singapura bersepakat mengambil giliran untuk mengadakan majlis pertandingan ujian tilawah musabaqah al Quran sebagai satu dakwah didalam masyarakat mereka.

Alangkah indahnya... jikalau setiap 3 bulan sekali... kita dapati ada satu Majlis Pertandingan membaca Al Quran yang diadakan oleh mesjid-mesjid atau persatuan-persatuan Islam di Singapura.

Maka akan bergemalah kembali ayat2 suci al Quran dimuka bumi Singapura!

Bergema kerana dilaungkan oleh para2 Qari-pembaca dan peserta. Maka akan hiduplah kembali suasana kemeriahan beragama islam disini.... disebabkan kegiatan Ujian Tilawah Al Quran!

Tentunya... suasana dan kemeriahan beragama islam di Singapura... akan
bertambah hidup kembali! Semoga impian Ramli akan menjadi kenyataan


Posted at 03:35 am by suriram
Make a comment  

Previous Page