Hai orang-orang beriman Janganlah harta-harta kamu & anak-anak kamu menlalaikan kamu dari berzikir, mengingati Alllah.

Barang siapa yang membuat semediakian maka mereka itulah orang-orang yang rugi

Tidak apa yang menjadi miliku .... melainkan segalanya pinjaman dari Mu ........ dari Mu aku datang, kepada Mu jua aku akan kembali.

Sesungguhnya aku inginkan keredhaan dari Mu dalam setiap apa yang aku lakukan dan setiap apa yang bakal aku lakukan, hanya kepada Mu aku berserah.

Moga aku akan diberikan ketabahan dan kekuatan iman serta sentiasa dalam ingatan & bimbingan Mu dalam menempuh kiku-liku kehidupan di dunia ini.
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

BLOG YANG BERGUNA:

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Jun 2, 2006
YA ALLAH

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang memberi cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah
cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku

padaMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya terikat
padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang
cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah
aku pada seseorang yang merindui syahid

di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku
padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati ini
telah terikat dalam cinta padaMu, telah
berjumpa pada taat padaMu, telah bersatu dalam 
iman padaMu, telah bersatu dalam membela
syariatMu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nurMu yang tiada
pernah lenyap. Lapangkanlah dada-dada ni dengan
limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan
bertawakal di jalanMu.... ameen Ya Robb..

 

AKU CINTA PADAMU ...  

AKU SELALU MENGINGATIMU ...

AKU SELALU MERINDUMU ... YA RABB


 


Posted at 12:30 am by suriram
Make a comment  

Oct 30, 2005
KISAH CINTA

Sebuah cerita cinta..
Punya seribu kisah suka dan duka..
Punya pelbagai rasa yang sukar untuk dimengertikan..
Punya sejuta wajah..
Punya pelbagai watak..

Sebuah cerita cinta..
Hadir di hati kebanyakan manusia..
Bertuahlah pada mereka yang cintanya hadir..
kekal dan bahagia..

Beruntunglah pada mereka yang cintanya hadir..
walau hanya sekejap cuma..
Namun mereka masih berpeluang mengecap bahagia..

Sebuah cerita cinta..

Tidak kita ketahui..

Akhirnya derita maupun bahagia..
Usah harapkan panas hingga ke petang..
kerna mungkin hujan akan turun di tengahari..

Sebuah cerita cinta..
Hanyalah sebuah cerita cinta sesama manusia..
Yang tidaklah terlalu sempurna..
Yang seringkali dihiasi dengan gurau senda,
gelak tawa,rajuk mesra..
Yang seringkali juga dicalari..
dengan cemburu buta,dusta penghias bicara..

Sebuah cerita cinta..
Entah di mana nilai ikhlasnya..
Tapi sebuah cerita cinta..
Boleh mematangkan kita..

Sebuah cerita cinta..
Perlu diringi doa dan usaha..
Jangan sesekali lupa memanjatkan doa pada yang Esa..
Moga pertemuan antara dua hati..
Berakhir dengan penyatuan satu ikatan suci..


Posted at 01:23 am by suriram
Comment (1)  

Aug 25, 2005
BANK

Aku akan merompak Bank London banking Jalan Habis  pada 2 September 2005 jam 4.30 petang. Aku mahu beritahu yang aku hanya mahukan sedikit duit untuk membayar kos pembedahan emak aku yang sakit. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Sekian untuk makluman.

Kamal:

Aku bukan orang jahat. Aku mungkin suka mencuri tetapi aku bukan orang jahat. Sebab aku akan tolong orang kalau orang itu mintak tolong. Doktor bangsat, kaulah orang jahat. Aku mintak tolong, kau mintak duit. Emak aku sakit, kau mintak duit. Kau dah ada banyak duit; Kalau tak takkan kau pakai kerete mercedes. Tapi kenapa kau masih nak duit?

Kau pun tahu aku bukan orang kaya. Emak aku pun bukan orang kaya. Ayah aku tak tahu kaya ke tak. Aku pun tak tahu mana dia pergi. mana aku nak cari duit?

Dekat mana ada banyak duit hah? Ha, aku tahu. dekat bank.


Roslan:

Ini siapa punya idea untuk buat kelakar ni? Kau nak rompak bank, kau pergi ajelah. Tak payahlah nak hantar
surat
kat balai polis. Kenapa tak dihantar ke orang suratkhabar aje? Tak pun kau suruh orang televisyen datang buat temuramah.

Hmm..publisiti. Kalau satu malaysia tahu aku yang selesaikan kes ni, mesti aku boleh naik pangkat. Kurang-kurang dapat pingat. Bolehlah aku tukar kereta proton saga buruk aku tu. Pakai waja pulak  ke. hahaha...Roslan, inilah peluangnya Roslan. Lepas ini kau akan jadi Chief Superintendan.

Hahaha.


Amir:

Melaun manalah yang jadi mami jarum ni? Dengar cerita-cerita macam ni cepat, buat kerja lambat. ini mesti leha sekretari punya kerja. Siapa lagi yang masuk dalam bilik ni hari ni.

2 September, 2.30 petang. hari Jumaat tu. Orang gila manalah agaknya ni. ini London bankinglah, bank no.2  terbesar  nih. Kalau bank cawangan tu bolehlah, ini bank pusat. Orang gila aje yang nak rompak bank pusat.

Nanti dulu. bagaimana kalau orang tu betul-betul boleh rompak bank ni? Mesti orang itu orang yang hebat. berapa banyak dia nak ambik? Seratus ribu? Sejuta? Bagaimana kalau aku ambik sedikit? Aku ambik sejuta, lepas tu lantak dialah nak ambik satu bank pun. Orang tak akan tahu.

Hahaha. Encik Amir, kau memang bijak.


Amir:

'Saya pasti awak semua sudah dengar khabar-khabar angin, tetapi hari ini saya mahu bercakap tentang perkara yang bukan lagi khabar angin. Untuk itu saya mahu awak semua mendengar semua ini dengan teliti dan saya minta kerjasama daripada awak semua untuk bersama-sama mengatasi masalah ini'.

Inilah yang aku paling benci bila aku buat mesyuarat. Semua muka toya. Semua muka mengantuk. semua hanya bagi telinga. Yang jadi jaga ni pun satu. Tahula tak cukup tidur tapi janganlah menguap semasa orang tengah bermesyuarat.

'Tengah hari tadi saya menerima sepucuk
surat
daripada seorang yang tidak bernama. Katanya, dia mahu merompak bank ini 4 haribulan, pukul 4.30 petang.'

Seperti yang aku jangka, tidak ada sesiapa pun yang terkejut.

'
Ada
sesiapa ada cadangan?'

Sekali lagi seperti yang aku jangka, tidak ada sesiapa yang mahu bersuara. aduh, kenapalah aku yang menjadi ketua?

'Pak Mat, awak ada sesuatu untuk dicadangkan?'

Macam pahat dengan penukul - kalau tak suruh jangan harap nak bergerak. Tapi aku kena sabar. kalau tidak, silap-silap rancangan aku boleh gagal.


Kamal:

Aku akan merompak bank? Biar betul nih. Oklah, aku akan merompak bank. Bukan untuk aku, untuk emak aku.

Emak, emak jangan mati dulu. Kamal akan bawakan emak duit. Dengan duit tu emak boleh suruh doktor celaka tu bedah emak.

Percayalah mak.  Kali ini kamal berjanji.

Roslan:

Aku tidak boleh membiarkan orang lain merampas peluang ini. Di balai polis ini ada banyak lagi kes lain. Takkanlah kes hilang motor aje, aku yang kena handle. Aku ini polis. Aku ada pistol. Bila lagi aku nak guna pistol aku itu?

'Tuan, saya menawarkan diri untuk menyelesaikan kes ini. Pada pendapat saya, orang yang membuat ugutan ini benar-benar bermaksud untuk melakukan rompakan. Saya fikir dia sudah mempunyai perancangan yang rapi..'

Kepalah tuan ini kepala batu sangat!?

'Saya tidak fikir ia satu gimik tuan. Saya dimaklumkan pihak pengurusan
London banking sendiri ada menerima surat
ancaman yang sama. Saya berpendapat, tuan, apa pun yang akan dilakukan oleh orang ini, ia adalah sesuatu yang besar. Kita tidak boleh mengambil risiko.'

Selesai sudah kerja aku. Sekarang aku kena pergi berlatih menembak.

Inspektor Roslan menembak mati perompak bank akan terpampang di semua suratkhabar. Apa agaknya tunang aku kata nanti?

'Oh Roslan, kaulah hero pujaan hatiku.'

Hahaha.



Kamal:

Inilah rancangannya: Aku pinjam sarung muka yang pakcik leman selalu pakai semasa dia menebas lalang, curi beg sekolah bobooi, dan bawak sekali pisau yang emak selalu guna untuk potong daging.

Aku pakai sarung muka, aku pergi ke kaunter, aku acu pisau daging itu ke leher kerani kaunter, aku bagi beg sekolah bobooi itu untuk diisinya dengan duit, kemudian aku cabut.

Semudah itu. Nampak macam boleh berjaya.

Tapi aku rasa kena pakai pisau yang kecik sikit; pisau potong daging tu berat sangat.


Amir:

Ini rancangan aku: tepat jam empat; ketika semua pengawal mengambil tempat seperti yang diatur oleh Pak Mat, aku akan kosongkan brifcase dan isi dengan duit - sebanyak mana yang boleh aku kaut.

Jam empat suku, Pak Mat sendiri akan mengiringi aku keluar mengikut pintu belakang. Tepat jam empat setengah, kau rompaklah apa yang kau nak rompak wahai perompak gila. Aku ucapkan selamat berjaya.

Dan terima kasih.


Roslan:

Aku mesti merancang ini dengan baik. Perompak ini mesti perompak yang ganas jadi dia tidak akan keluar melalui pintu depan. Jadi polis-polis yang baru belajar menembak itu akan aku suruh berkawal di pintu depan. Aku akan jaga pintu belakang.

Perompak itu keluar, aku akan tembak. Perompak itu akan mati, aku akan jadi hero.

Bulan depan boleh tukar kereta.

Pukul empat petang

Amir:

Kadang-kadang aku kasihan dengan orang-orang seperti Pak Mat.  Kerja entah berapa sangat gajinya tapi kalau jadi apa-apa, Dia yang kena dulu. Entah pandai ke tidak dia menembak dengan senapangnya itu.

Tapi apa boleh buat. Dia sendiri yang pilih kerja ini.

'Pak Mat, saya rasa kita boleh bergerak sekarang'

Cukup ke tidak satu brifcase ini sahaja? Bila lagi peluang ini akan datang. hmm...cukuplah agaknya. nanti apa pula kata masyarakat.

'Err..brifcase ini biar saya yang bawak. Pak Mat tolong bawak fail-fail dekat atas meja tu aje'.


Roslan:

'Bola satu kepada bola dua, over'.

'Awasi sesiapa sahaja yang mencurigakan. Jangan bertindak apa-apa sebelum saya beri arahan, over.'

Mahu dikatakan bodoh, aku juga polis tetapi kenapalah semua orang mengikut sahaja bila aku suruh berkawal di pintu depan. Pencuri yang beritahu polis tempat dia mahu mencuri mesti bukan pencuri sebarangan. Ini pencuri yang mahu bermain-main dengan polis.

Tetapi tidak apa, masih ada lagi polis yang bijak seperti aku. Kau mahu keluar ikut pintu belakang? Kau ingat kau bijak? Minta maaflah, ini Roslanlah.


Kamal:

Alamak, apasal ramai sangat polis dekat depan pintu ni? Ish..ini mesti pasal
surat
yang aku hantar kat balai polis tu. Macam manalah aku boleh jadi bodoh sangat?

Fikir kamal, fikir. emak kau dah nak mati dah kamal. Doktor tu nak duit kamal. Kau nak jadi anak yang baik kamal.

Ah..tunggu sahajalah sampai polis ni berambus. Takkan dia orang nak tunggu sampai ke malam. Aku pergi ambil anginlah dulu.


Amir:

'Er... Pak Mat, sampai sini sajalah. Pak Mat pegi masuk semula ke dalam dan buat seperti apa yang sudah kita rancangkan'.

Kalau aku jadi Pak Mat, aku tidak akan masuk semula ke dalam. Orang gila sahaja yang akan menyabung nyawa untuk sesuatu yang bukan miliknya. Ini banklah Pak Pat. Semua duit sudah diinsuranskan. Kalau dicuri, orang insuran akan ganti lain.

'Ingat Pak Mat, ajar penyangak itu cukup-cukup.'

Kalau penyangak itu melawan pun, bukan aku yang berlawan. Sekarang aku mahu pergi enjoy.

Eh, ini siapa pulak ni? Siap dengan pistol pulak tu. Jangan-jangan dia inilah perompak tu. Alamak, Pak Mat dah masuk ke dalam. lari!


Roslan:

Aku dah agak, dia mesti keluar ikut pintu belakang.

'Bola satu kepada bola dua, over. saya sudah menjumpai suspek, over'.

'Jangan bergerak. hoi, aku kata jangan bergerak!'


Amir:

Bodoh.  Kau nak curi kau pergilah ambik semua duit dalam bank tu.  Kenapa aku pulak yang kau kejar.

Ah, pernafasan. huh..huh..huh.. Kenapalah kau lari laju sangat perompak oi.


Roslan:

Bodoh. dah perut buncit lagi mahu berlari.  Kau ingat aku ini siapa?  Ini roslanlah.

Alamak, dia dah nak sampai ke jalan besar. Jangan sampai polis-polis baru tu pulak yang dapat nama.

'Berhenti, kalau tidak saya tembak!'

Ah, sikit lagi nak sampai ke jalan besar tu.  Nak tembak ke taknak?

'Blam!'


Amir:

'Argh!'


Kamal:

Oi! apa tu? Bunyi macam ada orang menembak.
Ada
orang lain ke dah masuk mencuri?

Eh, ada orang kena tembaklah.


Roslan:

'Bola satu kepada bola dua over, saya sudah berjaya menembak perompak itu over'

Apa yang agaknya wartawan akan tulis dalam muka depan suratkhabar esok? Encik Roslan menjadi hero. Encik Roslan menyelesaikan kes rompakan. Encik Roslan seorang polis yang cekap.

Heh..heh..heh.. aku hanyalah seorang polis yang menjalankan tugas. Eh! mana pulak brifcase dia tadi?


Kamal:

Hidup lagi ke mamat ni?

'Apahal ni encik?'


Roslan:

'Tolong ketepi sikit Encik. Ini kes polis'

Ni siapa pulak mamat ni? Kurus kering semacam aje. Hisap dadah kot ni. Takpelah, selesaikan satu-satu dulu.

'Bola satu kepada bola dua over. Sila minta bantuan ambulan'


Kamal:

Hek eleh, kerex pulak polis ni. Aku cucuk dengan pisau ni karang. Eh, apa benda tu dalam longkang tu?

********

Mak ai, ni siapa buang duit ni? Eh,ni duit ni.  Ratus-ratus ribu nih.  Tunggu doktor jahat, Kamal datang bawak duit.


Esoknya

Aku mintak maaf. Aku tak jadi merompak bank London banking Jalan Habis pada 2 September 2005 jam 4.30 petang semalam. Aku mahu beritahu yang aku dah dapat duit untuk membayar kos pembedahan emak aku yang sakit. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua

Sekian untuk makluman.


Eh..ape dah jadi?

Mr.X:

Kalau nak merompak bank rompaklah tak payahlah nak bilang semua orang.  Kalau Mak hang tahu hang nak merompak bertambah sakitlah beliau. Cubalah ingat sikit. Bukannya salah doktor pakai kereta MEC....bukannya ada duit masih hutang lagi kat  bank kalau doktor tak minta duit macam mana nak bayar kereta dia. Fikirlah sebagai yang waras.



Posted at 06:45 pm by suriram
Comment (1)  

Aug 17, 2005
RABI'AH BINTE ISMAIL AL-ADAWIYAH

Rabi’ah binte Ismail Al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Sewaktu kesunyian tegah malam Rabi'ah akan ucapkan kata-kata ini kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku, bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapanMu.

“Tuhanku! Tiada ku dengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaanMu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyiknya. Yang tinggal hanya aku yang banyak kesalahan di hadapanMu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepada aku yang akan menahan aku daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat dan memuji Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepadaNya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara yang menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintahNya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripadaMu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

 


Posted at 06:39 am by suriram
Comments (3)  

Jul 15, 2005
CERITA KELAKAR

 cerita 1
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya.
Setelah melihat sekali imbas, pembaiki jam pun bertanyakan tentang harga
jam itu. " Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! "



cerita 2
Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera pergi
mendapatkan seorang pembeli ayam.
" Saya hendak menjual ayam-ayam ini , " katanya.
" Dari mana kamu dapat ? " Tanya pembeli ayam.
" Saya mencurinya , " jawab pencuri itu.
" Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang-undang dan
berdosa di sisi agama ? "
" Saya tahu, " jawab si pencuri , " sebab itulah saya tak mahu
simpan ayam-ayam ini . "



cerita 3
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke
rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebat
pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di
tepi jalanraya yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang
janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa
pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itupun ditempatkan di sebuah
bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu
biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang
manja. " Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu
dengan hati yang melonjak-lonjak. " Baguslah , " kata janda itu
pula. " Di luar
sana
ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang
bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "



Cerita 4
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis
bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas
barang-barangnya ke dalam beg. " Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih
lima
belas tahun. Dalam masa itu,
rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak
tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya
dan membawa keluar sebuah beg pakaian. " Betul juga kata awak. Aku
juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari
rumah ini ! "


Posted at 06:56 pm by suriram
Comments (2)  

Jun 11, 2005
CERPEN LIMA SYARAT

Pada suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,

 

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

 

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim berkata, "Syarat pertama jika kamu melalukan maksiat kepada Allah janganlah memakan rezekinya."


 

Mendengar syarat pertama itu dia mengedutkan kening sembil berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

 

 "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu ingin melanggar laranganNya?"



 

 

"Yang kedua" kata Ibrahim "Kalau mahu bermaksiat jangan tinggal di bumiNya. "Syarat kedua membuat lelaki itu terkejut sekali.  Ibrahim kembali berkata kepadanya,

 

 "Wahai Abdullah fikirkanlah apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

 

 Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

 

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata "Wahai Ibrahim ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih ingin melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

 

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

 

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

 

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata "Wahai Aba Ishak sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."


Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.




Posted at 11:32 pm by suriram
Comment (1)  

May 28, 2005
TUKANG KAYU

                                     Image hosted by Photobucket.com


 

Seorang tukang kayu yang tua ingin berhenti dari pekerjaannya di sebuah syarikat pembinaan rumah. Ia menyampaikan hasratnya kepada pemilik perusahaan itu.  Dengan pesaraannya,  itu bermakna si tukang kayu  akan kehilangan hasil pendapatannya, tetapi si tukang kayu tetap dengan keputusannya  untuk bersara kerana dia rasa dia sudah terlalu tua. 


Si tukang kayu ingin berihat dan menghabiskan sisa-sisa hari tuanya dengan penuh kedamaian bersama isteri dan keluarganya.


Pemilik perusahaan merasa sedih kerana dia akan kehilangan seorang pekerja yang terbaik.  Lalu pemilik itu meminta kepada  si tukang kayu supaya membinakannya sebuah rumah untuk dirinya sebelum si tukang kayu itu bersara.


Tukang kayu mengangguk menyetujui permintaan pemilik perusahaan itu.  Tetapi hatinya berat untuk melaksanakan permintaan pemilik perusahaan itu kerana si tukang kayu ingin berhenti dengan secepatnya.  Si Tukang kayu melakukan perkerjaannya dengan tidak sepenuh hati. Dengan perasaan asalkan boleh si tukang kayu menyiapkan rumah itu.


Ia hanya menggunakan bahan-bahan yang sekadarnya dan yang mana boleh. Akhirnya selesailah rumah yang diminta oleh pemilik perusahaan itu.  Hasilnya bukanlah sebuah rumah baik. Dan kalau di fikir betul-betul sungguh sayang kerana  hasil kerja yang terakhir si tukang kayu tidak begitu mengagumkan.


                                                            


Ketika pemilik perusahaan itu datang untuk melihat rumah yang sudah selesai dibena itu,  pemilik itu menyerahkan kunci rumah itu pada si tukang kayu.


"Ini adalah rumahmu," katanya,

"Hadiah dari aku."

Betapa terkejutnya si tukang kayu. Betapa malu dan menyesalnya. Seandainya dia mengetahui rumah yang dibina itu adalah untuk dirinya sendiri,  dia  sudah tentu akan mengerjakannya dengan cara yang  terbaik dan mengunakan bahan-bahan yang bermutu. Kini ia harus tinggal di sebuah rumah yang tidak bermutu dan setiap hari terpaksa melihat hasil karyanya sendiri yang menyedihkan.


Posted at 12:49 am by suriram
Comment (1)  

May 15, 2005
PUISI MALAM

Kedinginan malam ini sungguh lain dari lain..
hatiku jadi sayu seketika..
kerukunan malam ini...
kulihat dilangit...
Indah sungguh ciptaanNYA..
Bulan yang terang..
menerangi malamku ini...
Bintang-bintang berkelipan..
menemaniku malamku ini..

Angin malam menusuk ke tulangku..
kuterasa kedamaian malam ini..
kulihat bumi ini di terangi
cahaya lampu yang berwarna-warni..

Indahnya Malam ini...
kesayuan ku terubat dikala
aku melihat keindahan malam..
ku pasti ada yang sedang seronok di buai mimpi..
mimpi yang mungkin yang telah mereka
cuba
fikirkan
sebelum mereka terlena..

Wahai! sekalian Umat Islam..
janganlah kamu terlena dalam tidurmu..
bangkitlah di waktu dinihari..
dan bersujudlah kepadaNya..
kesunyian malamlah..
yang paling baik untuk kalian bertafakur..

Malam kian larut..
dan fajar pagi akan menjelma..
malam akan kuketemui lagi...
selagi mataku masih celik..
selagi nadiku masih berfungsi...


Posted at 11:44 pm by suriram
Make a comment  

May 9, 2005
CERPEN - SIAPA YANG PANDAI

Image hosted by Photobucket.com

Di negeri Wak Tanjung punduduk hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah penganut agama Islam. 
 
Suatu hari datang seorang pendeta kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan. Pendeta itu berjumpa dengan raja negeri tersebut dan meminta kebenaran untuk berpidato dengan penduduk-penduduk di negeri itu.

Syarat pertaruhan yang telah ditetapkan oleh pendeta itu adalah jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting dalam perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat sahaja.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. 

                                            Image hosted by Photobucket.com

Pada hari pertandingan rakyat berkumpul di
padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan pendeta kristian. Bermulalah soalan pendeta menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. 

Pendeta pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan
lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian pendeta menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. 

Pendeta yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu pendeta tersenyum puas hati. Pendeta mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu pendeta menepuk tangan. Pendeta kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Pendeta itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara pendeta  dan gembala kambing. Pendeta pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja?
(Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan,
lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. 

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab
lima pun boleh. 

Kemudian dia tunjuk
lima, maknanya takkan lima ajea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. "

" Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Lepas itu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya aje ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalip

Posted at 09:14 pm by suriram
Comments (2)  

Apr 14, 2005
CERPEN TEMPAYAN YANG RETAK





 


 

Di kampung desa ada seorang tukang air yang memiliki dua tempayan yang besar. Sewaktu membawa air, tempayan-tempayan itu di gantungkan di atas kedua belah bahunya dengan mengunakan kayu yang panjang.

Satu dari tempayan itu retak manakala yang satu lagi tidak. Tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air  yang penuh setelah jauh perjalanan dari mata air ke rumah majikannya dan tempayan yang retak itu hanya mampu membawa air setengah penuh.

Kejadian ini berlaku selama dua tahun. Tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tempayan yang tidak retak merasa bangga akan dirinya sendiri kerana dia dapat jalankan tugasnya dengan sempurna. 




Tempayan yang  retak merasa malu sekali akan kecatatannya sehingga dia merasa sedih kerana dia hanya dapat mempu membawa setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun memendam rasa maka tempayan yang retak itu pun berkata kepada  tukang air, "Aku sungguh malu pada diri aku sendiri dan aku ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?"  tanya  tukang air  "Kenapa kamu merasa malu?"

"Selama dua tahun aku hanya mampu membawa setengah dari jumlah air dari yang seharusnya dapat aku bawa kerana adanya keretakan pada diri aku. Sepanjang perjalanan menuju kerumah majikan engkau aku telah membuang separuh air yang aku bawa. Oleh kerana cacat aku telah membuat kamu rugi."  kata tempayan itu. 






Tukang air merasa kasihan kepada  tempayan  yang retak itu  lalu dia berkata "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."


Benar kata tukang air, ketika mereka menaiki bukit  tempayan yang retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan dan itu membuat dirinya terhibur sedikit. Namun apabila mereka tiba di rumah majikan dia kembali sedih kerana dia mampu membawa separuh bahagian air sahaja dan  tempayan yang retak itu meminta maaf kepada tukang air atas kegagalannya.

Kemudian tukang air berkata kepada tempayan itu  "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Ini kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairkan benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan aku. Tanpa kamu sebagaimana aku dapat menghias rumah majikan aku seindah sekarang."


 


Posted at 06:54 pm by suriram
Comments (2)  

Next Page