CERPEN TEMPAYAN YANG RETAK
Di kampung desa ada seorang tukang air yang memiliki dua tempayan yang besar. Sewaktu membawa air, tempayan-tempayan itu di gantungkan di atas kedua belah bahunya dengan mengunakan kayu yang panjang.
Satu dari tempayan itu retak manakala yang satu lagi tidak. Tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air yang penuh setelah jauh perjalanan dari mata air ke rumah majikannya dan tempayan yang retak itu hanya mampu membawa air setengah penuh.
Kejadian ini berlaku selama dua tahun. Tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tempayan yang tidak retak merasa bangga akan dirinya sendiri kerana dia dapat jalankan tugasnya dengan sempurna.
Tempayan yang retak merasa malu sekali akan kecatatannya sehingga dia merasa sedih kerana dia hanya dapat mempu membawa setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
Setelah dua tahun memendam rasa maka tempayan yang retak itu pun berkata kepada tukang air, "Aku sungguh malu pada diri aku sendiri dan aku ingin mohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya tukang air "Kenapa kamu merasa malu?"
"Selama dua tahun aku hanya mampu membawa setengah dari jumlah air dari yang seharusnya dapat aku bawa kerana adanya keretakan pada diri aku. Sepanjang perjalanan menuju kerumah majikan engkau aku telah membuang separuh air yang aku bawa. Oleh kerana cacat aku telah membuat kamu rugi." kata tempayan itu.
Tukang air merasa kasihan kepada tempayan yang retak itu lalu dia berkata "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
Benar kata tukang air, ketika mereka menaiki bukit tempayan yang retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan dan itu membuat dirinya terhibur sedikit. Namun apabila mereka tiba di rumah majikan dia kembali sedih kerana dia mampu membawa separuh bahagian air sahaja dan tempayan yang retak itu meminta maaf kepada tukang air atas kegagalannya.
Kemudian tukang air berkata kepada tempayan itu "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Ini kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairkan benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan aku. Tanpa kamu sebagaimana aku dapat menghias rumah majikan aku seindah sekarang."